selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG ABG POWER...

Monday, December 28, 2009

Hasil Pertama.... Tidak rugi berbudi pada tanah

Salam utk semua.

Syukur Alhamdulilah, tanggal 16 Disember 2009, hasil pertama dari kebun kita org telah dikeluarkan sebanyak 620 btg. Sebelum ini ada juga mengeluarkan tp dlm jumlah yg sikit.
Utk keluaran pertama ini, kita org jual kpd pengilang tebu di Batu Pahat.

Utk mengeluarkan tebu sebanyak 620 btg ni kita org ambil masa 2 hari. Sehari menebang dan sehari menggred dan mengikat. Permintaan dari kilang sebanyak 1000 btg, tp kita org tak terlarat nak buat, almaklum la semuanya pekerja profesional. Tambah lg 2 hari sakit badan.

Ni Wakman tgh angkat tebu. Org kuat ular beraksi depan kamera.

Selepas menggred & mengikat, Zali & Mansor posing jap dgn tebu 9 1/2 kaki.

Lagak James Bond konon, fuih geli aku tgk. Fahmi, ni pun org kuat (menghabiskan air) juga. Tengok la baju dia kuyup, tak tau la peluh ke saje simbah air kat baju.


Hasil telah dipunggah ke lori. Masa tgh punggah hujan le pulak. Rezeki Alhamdulilah.


High View, pandangan dari atas lori. Rasa yer mcm tak luak lagi tebu yg ada ni...

Syukur Alhamdulilah. Rezeki Allah. Permintaan dari pengilang tebu ni nak seminggu 3 kali hantar, tp kita org buat setakat yg mampu. Sehingga hari ini, kita org baru hantar 3 kali sbb masing2 sibuk dgn keja masing2.