selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG ABG POWER...

Monday, December 28, 2009

Hasil Pertama.... Tidak rugi berbudi pada tanah

Salam utk semua.

Syukur Alhamdulilah, tanggal 16 Disember 2009, hasil pertama dari kebun kita org telah dikeluarkan sebanyak 620 btg. Sebelum ini ada juga mengeluarkan tp dlm jumlah yg sikit.
Utk keluaran pertama ini, kita org jual kpd pengilang tebu di Batu Pahat.

Utk mengeluarkan tebu sebanyak 620 btg ni kita org ambil masa 2 hari. Sehari menebang dan sehari menggred dan mengikat. Permintaan dari kilang sebanyak 1000 btg, tp kita org tak terlarat nak buat, almaklum la semuanya pekerja profesional. Tambah lg 2 hari sakit badan.

Ni Wakman tgh angkat tebu. Org kuat ular beraksi depan kamera.

Selepas menggred & mengikat, Zali & Mansor posing jap dgn tebu 9 1/2 kaki.

Lagak James Bond konon, fuih geli aku tgk. Fahmi, ni pun org kuat (menghabiskan air) juga. Tengok la baju dia kuyup, tak tau la peluh ke saje simbah air kat baju.


Hasil telah dipunggah ke lori. Masa tgh punggah hujan le pulak. Rezeki Alhamdulilah.


High View, pandangan dari atas lori. Rasa yer mcm tak luak lagi tebu yg ada ni...

Syukur Alhamdulilah. Rezeki Allah. Permintaan dari pengilang tebu ni nak seminggu 3 kali hantar, tp kita org buat setakat yg mampu. Sehingga hari ini, kita org baru hantar 3 kali sbb masing2 sibuk dgn keja masing2.

Wednesday, November 25, 2009

Pemangsa dah mengena...

Pemangsa pertama yang terkena...
Comel dan manja tp merosakkan tebu ye....

Ada sapa2 yg nak menjamu daging musang, kita org bagi free aje...
Masak kari pun sodap.

Harapan agar tebu tu berwarna kuning seperti keta ni...


Usia penanaman dah masuk 8 bulan tp belum boleh tuai sebab belum cukup matang. Lawatan dari tauke kilang tebu kata, tebu belum cukup kuning lagi. Tebu tak manis kalau belum cukup matang.

Barisan tebu yang terjaga...

Ada juga tebu yang tak terjaga... dah datang malas la...
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang sempurna kepada kami untuk bertani... Amin.


Mencari Pemangsa


Perangkap dipasang untuk mencari pemangsa yang merosakkan tebu...

Ujian dari Yang Maha Berkuasa lg...
Batang tebu dipatahkan dan dirosakkan oleh binatang apa tah?


Tebu Fasa 2.... Tidak menjadi....

Ujian dari Yang Maha Berkuasa. Tunas tebu tak nak tumbuh krn banjir, hanya beberapa rumpun je yg tumbuh.


Wednesday, October 28, 2009



Salam semua...

Ramadan, Aidilfitri dan Deepavali telah berlalu. Masa begitu cepat meninggalkan kita. Pertumbuhan tebu juga begitu pantas. Untuk projek tebu fasa 1 telah masuk 8 bulan, kalau ikutkan jadual dah bole tuai tapi orang kilang kata belum boleh sebab belum cukup matang. warna batang tebu belum cukup kuning.


Pengredan saiz tebu (yang ditetapkan oleh orang kilang) :

Gred A : saiz ukur lilit 3.5cm, panjang 8 kaki, berat 2.5kg ke atas.
Gred B : saiz ukur lilit 2.5cm, panjang 7-8 kaki, berat 2.0-2.5kg.
Gred C : saiz ukur lilit kurang 2.5cm, panjang kurang 7 kaki, berat kurang 2.0kg

Setakat hari ni kebanyakan tebu yang ada baru 6-7 kaki, ukur lilit banyak yang lebih dari 3.5cm. (mcm2 gek kerenah pengredan ni).





Monday, September 28, 2009

Thursday, August 27, 2009

Tebu Fasa 2

Baru jer siap buat parit...lepas ni menanam la pulak.

Dah besar rupanyer....

Pejam celik pejam celik, dah besar gak tebu ni...harap2... dapatlah menuai hujung tahun ni...Aminn.....






Wednesday, May 27, 2009

TUAN TANAH

Haa.... kalau nak tau ni la tuan tanah kebun kita orang ni......amacam ada gaya tak?...motor baru tu beb...

MANGSA PERTAMA

Akhirnya....masuk gak perangkap...ni la rupa landak kat kebun kita orang....
Apalagi kasi sembelih lahh...masak rendang....maaf...gambar waktu tgh sembelih tak dapat ditunjukkan...maklumlah...ada unsur2 ganas sikit...takut ada yg lemah semangat lak...

KAMBUS TANAH PART 2




KAMBUS TANAH

Ni aku ler tengah kambus tanah bakar kat tebu...pergh...lepak beb..tgh2 panas buat kerje ni...

Kurang satu round lagi nak cukupkan 100 kali ulangalik angkat tanah bakar ni...ya...MALAYSIA BOLEH!!....

Friday, March 13, 2009

Projek Tebu la pulak...

Yang ni projek tebu telur yang kita orang sedang usahakan. Tanah seluas 1 ekar jer. First projek....sajer jer nak try n error.
Setakat ni alhamdulillah...benih yang ditanam dah mula mengeluarkan anak.
Projek tebu ni bersebelahan jer ngan projek serai kita orang. Projek serai kat hujung sekali..

Masa terus berlalu...


Sunday, January 18, 2009

Kemarau telah tiba...

Kemarau telah tiba...rancangan untuk menanam pada Tahun Baru Cina terpaksa ditunda. Sekarang ni kita orang terpaksa kerja keras untuk kerja-kerja penyiraman. Kolam kat kebun pun dah kering sehingga terpaksa sedut air dari parit. Risau juga tengok pokok-pokok serai banyak yang kering. Banyak juga nak kena sulam balik ni.. tapi tak perlah...ini semua dugaan dari Allah...sebagai hambanya kita mesti sabar menghadapinya. "Ya Allah Ya Tuhanku...berilah hambamu ini kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi segala dugaan Mu di muka bumi ini...Amin...."