selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG ABG POWER...

Wednesday, December 31, 2008

Pantasnya masa berlalu...

Sebelum dan Selepas

Sayup....

25hb Dis 2008....genap dua bulan kita orang berkecimpung dalam dunia menyerai ni... Mula dari bersihkan tanah sampailah sekarang ni..

Target nak tanam sampai ke pencawang tercapai juga akhirnya...alhamdulillah...



Yang ni gambar dari hadapan...sedap mata memandang bila tengok serai dah mula hijau... Mudah-mudahan usaha ini mendapat keberkatan dari MU...amin.....

Buruknya perangai...Masyaallah...

Kau tengok la tu...ngalahkan budak-budak...kolam kat kebun ni pun jadi tempat berendam...
Sampai keruh air kolam tu dikerjakan dek si Mansor ni... lepas berendam gi melantak lak...anaknya si Along tu pun geleng kepala tengok perangai bapak...nak buat cam mana...buruk baik pun bapak sendiri gak...terima jer laa...

Thursday, December 18, 2008

PANDUAN MENENTUKAN MUTU DAN KETULENAN ZEOLITE.

Sebagaimana yang kita ketahui terdapat berbagai-bagai Jenama dan Harga produk zeolite di pasaran. Sebagai
pengguna, perlu di ketahui bahawa pemilihan zeolite yang bermutu dan berketulenan tinggi adalah
AMAT penting
dalam menjamin keberkesanan untuk aplikasi samada untuk tumbuhan (agriculture), rawatan air (aquaculture) dan
juga ternakan (feedmill).

Ini adalah kerana pilihan zeolite yang kurang bermutu akan menyebabkan kerugian dan kesan sampingan yang
kurang baik terhadap penggunaannya.

Perlu di ingat bahawa zeolite mempunyai kualiti yang berbeza mengikut kawasan dimana ia di perolehi. Setiap kualiti
zeolite akan berbeza bergantung kepada kawasan dan bentuk mukabumi yang diperolehi, cara perlombongan dan
perkilangan.

Sebagai pengguna BIJAK, jangan hanya mementingkan harga sahaja tetapi UTAMAKAN mutu agar mendapat kesan
optimum untuk jangka pendek dan jangka panjang untuk penjimatan yang ketara.

Di sini kami mengambil inisiatif untuk cuba membantu pengguna menilai sendiri mutu zeolite di pasaran secara kasar
agar dapat memilih produk yang betul.

Elemen-Elemen Penting Untuk Menentukan Zeolite Bermutu.

1. SiO2 (Silicone Oxide) dan AL2O3 (Aluminium Trioxide)

Dua elemen ini amat penting kerana ia merangkumi sebahagian besar komponen di dalam zeolite. Elemen-elemen
inilah yang membentuk 'honeycomb structure' yang membuatkan zeolite mempunyai keupayaan memegang nutrisi
dan air yang tinggi dan seterusnya berupaya meningkatkan kesuburan tanah. Semakin tinggi kandungan (peratusan)
elemen-elemen ini, semakin bermutu kualiti zeolite.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan SiO2 dan Al2O3 PALING TINGGI.

2. Na2O (Sodium Oxide)

Sodium Oxide merupakan sejenis garam yang terkandung di dalam komponen zeolite. Kandungan tinggi sodium akan
mengakibatkan kehilangan air lebih cepat dan akan memberi kesan yang besar kepada tumbuhan dan ternakan.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan NA2O yang PALING RENDAH

3. Ujian Kekeruhan (Turbidity)

Semasa pembentukan zeolite, proses perlombongan dan kawalan produksi kilang, bendasing akan terlibat.
Bendasing tersebut termasuklah kandungan tanah liat, kapur dan lain-lain. Peratusan tinggi bendasing akan
merangkumi sebahagian produk zeolite dan akan mengurangan zeolite tulen dalam produk itu sendiri.

Bendasing tersebut tidak akan memberi kesan kepada penggunaan untuk tumbuhan, ternakan kolam atau haiwan
malah ada sesetengah nya boleh memudaratkan. Pengguna-pengguna juga akan membayar sesuatu yang tidak
perlu dan tidak mendatangkan manafaat dan dianggap membazirkan wang.

Ujian kekeruhan (turbidity) boleh dilakukan sendiri secara ringkas iaitu dengan mencampurkan kuantiti tertentu ke
dalam air.

CONTOH:

Ambil 500 gram zeolite dan campurkan ke dalam 4 liter air dan lihat kekeruhan (turbidity) air. Semakin keruh air
bermakna semakin banyak tanah liat dan bendasing yang terdapat di dalam produk tersebut.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai kekeruhan PALING RENDAH


Panduan-panduan di atas di harap sedikit sebanyak dapat membantu pengguna-pengguna dalam menentukan mutu
produk zeolite yang terdapat di pasaran.

PERLU DI INGAT UJIAN ANALISA KIMIA MAKMAL ADALAH UJIAN PALING TEPAT UNTUK MENENTUKAN MUTU
DAN KETULENAN SATU-SATU PRODUK.

Sumber dari : http://www.organikpro.com/PanduanMutuZeolite.html

Tuesday, December 9, 2008

Benih baru...

Ni benih baru yang kita orang beli dari Pak Wattan. Aku longgok kat depan rumah jer. Keluar rumah jer bau serai..wangi beb.....

Bila dah ada tumbuh akar baru...boleh la start menanam balik...tak sabar rasanyer..sebelum tu kena gi urut badan dulu...alignment banyak dah lari ni...badan pun kena hantar servis gak..hehe...

Monday, December 8, 2008

Berjaya gak...

Haaa..yang ni lah serai yang pertama sekali di tanam oleh si Mansor..dah masuk 6 hingga 7 minggu umur serai ni.Ni kat kebun yang lain...banyak try n error yang dilakukan kat kebun ni...maklumlah baru nak belajar...yang tanam senget la, tegak la yang terkangkang la, semua ader kat kebun ni. Yang mana paling berkesan...susah gak nak cakap...tapi dari pemerhatian...memang faktor tanah paling utama.
Kalau dibandingkan dengan tanah sini dengan tanah kebun yang lagi satu tu, tanah yang kat sini yang serai nya lebih cepat naik. Mungkin sebab dekat dengan laut kot...wallahualam....

Selesai merumput...sempat gak si Mansor dan si Razali ni berposing...senang hati bila tengok serai makin membesar.

Alhamdulillah....

Ni pokok tananam yang pertama...dalam 5 minggu la umurnya...alhamdulillah...
Yang kering pun ada juga tapi tak banyak laa...biasa la tu yer tak.

Selesai juga akhirnya...

Siap juga akhirnya kerja menanam ni...dapat juga lebih kurang 1300 rumpun dengan benih 100kg....

Dah siap menanam kena lah siram. Nanti tak pasal-pasal mati kering benih ni..

Tanam lagi...

Bila tanah dah betul-betul clear, baru kita orang start tanam balik. Yang ni benih serai peha ayam.Penat menanam..kena rehat jap...kau orang tengok muka si Razali tu (pakai spek) dah macam orang nak minta nyawa lak..hehehe..3 botol air minum semua kat dia... kena makan ubat power dia ni...

Banyak lagi akar ni...


Banyak lagi akar pokok resam ni....dah sewa kobe pun kena gak buat cara manual. Rupa-rupanya banyak akar yang tertimbus balik kat bawah tanah ni. Yang tgh tarik akar tu namanya Khairul, tapi kita orang panggil dia Panot. Lain macam betul tenaga dia ni...tapi bagus gak ada si Panot ni..leh gak kita orang tumpang senang sikit..

Tengok la si Panot...cam senang jer dia tarik akar tu...Yang tengah cekak pinggang kat gambar sebelah tu aku lerr...amacam...ada tak gaya jadi mandur...

Friday, November 21, 2008

Penyediaan tanah baru


Kita orang tgh buat stacking kat tanah ni....akar banyak sangat kat area ni...tu yang upah orang buat.


Bila semua dah settle boleh lah mula menanam... Benih kita orang belum beli lagi..Kalau ader benih murah-murah leh lah offer kat kita orang..Setakat ni keluasan tanah ada dalam 5 ekar..tapi nak tanam dalam seekar dua dulu.



Ni la rupa tanah kebun kita orang... Ahli group dah bertambah..boleh lah buka tanah luas sikit.

Projek hari ni....buat pondok


1st step....apalagi cari buluh laa. Nasib baik kat kebun kita orang ni ada pokok buluh...senang sikit kerja. Pergh....bersimpang siur buluh ni...

2nd...part menebang....nak gelak aku tgk si Mansor ni...dah macam orang main tarik tali lak nak menarik buluh tu... baru dia tahu...semput beb....kah..kah..kah...

3rd...Buluh dah ader...apalagi...buat pondok laa... Yg tgh bersihkan buluh tu laa razali... Buat pondok ni adalah antara program orientasi sebagai ahli baru yang aku dan mansor telah susunkan utk dia orang.. ader lagi seorang...tu yang tgh panjat ikat buluh...nama dia Wak Man. Bagus dia ni ....leh harap...(hehe..kasi jek sikit...)


4th....Akhirnyaaa....ni la rupa pondok yang kita orang buat... ok tak? Hantam sajalah..janji ada gak tempat berteduh dr hujan dan panas. Gambar sebelah kiri tu lah Wak Man...yang sebelah kanan lak si mansor...bila siap jer dia yang dok posing dulu kat situ...

Tuesday, November 18, 2008

Muhasabah diri...

Sepanjang hidup aku...tak pernah aku buat kerja-kerja kebun ni...mula2 nak start projek ni, bapak aku sendiri pun cam tak percaya. Bapak aku kata bila kita berkebun ni banyak faedah yang kita dapat...selain boleh mendatangkan hasil...fikiran yang serabut ni pun boleh lapang...badan pun sihat. Tapi mmg betul...org kata kalau tak buat..kita tak tahu. Nak kata penat tu...memang la penat..tapi kepuasan tu memang ada. Sekarang ni..boleh dikatakan tiap kali balik kerje..aku ngan mansor mesti gi kebun punyer...kecuali malam jumaat (biasala...simpan tenaga beb...he..he)..Hari sabtu dan ahad lagi laa..mmg kita orang pulun habis..Biasalaa...tgh kemaruk..jgn hangat-hangat tahi ayam dah ler. Harap2 tak lah jadi cam tu yer tak. Bukannyer aper...tanah yang ada tu lum bersih sepenuhnya..tu yang tgh kerja keras sikit ni... Bila dah clear boleh la beli benih lagi..Kepada kekawan dan otai2 kat luar tu...kalau ada benih yang terlebih boleh lah jual kat kita orang..dan yang paling penting...bagi la diskaun sikit kat kita orang yang baru ni yer. Walau macam mana pun kau orang mmg best...tak lokek ilmu...terima ksih banyak2 kepada semua otai2 serai yang bagi sokongan. Mudah-mudahan usaha kita semua membuahkan hasil...insyaallah..Amin...

Ahli baru...

Keje oi keje...ader mandur datang tu beb...hehe... yang ni ahli baru team kita orang...namanyer Razali..."haa..tgk dulu puas-puas...lps ni kita orang ragging kau pulak.."

Tercapai jugak akhirnya...

Alhamdulillah...tercapai gak cita2 nak menebas sampai kat tiang pencawang tu.

Selesai menebas...apalagi...kasi bakarla...kita kasi clear sama dia....

Hang Kebun...

Wachaaa...!! Pendekar maner pulak ni!!!

Yaa...kita besarkan empayar lg...

Yaaa....steady la bang...target kita orang memang nak menebas sampai kat tiang pencawang tu...insyaallah..

Lapang sikit...tapi banyak lagi ni..jgn putus asa...kuatkan semangat...

Saturday, November 8, 2008

Ni lah hasil kerja selama dua minggu sejak terjun dalam bidang menyerai ni......alhamdulillah...