selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG ABG POWER...

Friday, October 29, 2010

Lawatan ke kilang baja...

Semalam kita org buat lawatan ke kilang baja di Kluang. saje nak tgk proses pembuatan baja organik.

Baja organik dari sisa tempurung sawit yang telah dibakar dgn boiler...  baja ni kita org telah cuba kat tebu dan hasilnya membrangsangkan. gunakan masa tumbesan awal kerana ia akan menghasilkan anak tebu yg sihat. kos yg lebih murah berbanding dgn baja organik lain dan baja kimia. Satu tan RM 500 (dulu  RM 450 skrang dah naik sbb permintaan tinggi)  
Tauke kilang kata arga pasaran RM 650/tan (tak tau betul ke tak). permintaan tinggi dari pekebun sayur & buah-buahan dari Cameron Highland.

Bahan awal yg belum diproses.

Stok

Baja yg telah diproses dan diasingkan dari bendasing

stok baja sedia utk dijual

 ni la tokey yer... jowo punggur darat 

Baja yg baru dibeli terpaksa disimpan di rumah, kat kebun dah tak selamat ada penyamun tarbus!!!  (jadi stor la umah aku)

Sesiapa yg berminat nak baja ni bole sy jumpakan dgn tokey yer.... nak tahu pasal baja ni lebih lanjut ...   http://seraipower.blogspot.com/p/produk-tani.html

Thursday, October 28, 2010

Relax minda....

Kebun dah mula semak...


sekarang dah bersih...


sebab kita ada abg power!!!!!

Monday, October 25, 2010

Fasa 4 bermula...


Salam utk sume...  lama dah tak update blog ni. 

Sedikit perkembangan yg telah kami buat selepas raya ni, pertambahan kawasan utk fasa 4. Utk sistem kali ni kami buat lubang dgn jarak 8 x 8. Saje tukar cara utk perbandingan. 







Harap maaf kualiti gambar kurang elok...

Wednesday, May 19, 2010

serai oh serai ....

SERAI....
dah lama tak menyerai.  ini sebahagian serai dari tanaman di Pt Hailam. 2 ari lps tokey WSC tepon nak serai, jd jengok2 la serai yg ada di Pt Hailam. ada lg rupanya dan dah bole potong.




ni adik aqib yg menemankan aku menyiang serai...

Terbaru dari ladang 19/5/2010

Fasa 1



  







Fasa 2









Salam sume...
sedikit gambar yg baru di ambil semalam.  
aktiviti biasa merumput, buang pelapah, membaja, mengambus, meracun.

Thursday, March 11, 2010

Lagi aksi melampau....



Fasa 4/5/6... Sedang dalam proses pembersihan

Proses meracun dah dilakukan, ttp pembakaran tak dapat dilakukan takut merebak ke kebun org lain... time bakar kena panggil bomba bantuan stanby...






Fasa 3... hmmmmpp

Anak benih tebu yg tanam pd musim panas byk yg tak tumbuh. kena sulam lg. rumput pun dah mula naik. Cuaca panas sungguh mengguji kesabaran.




Kolam pun dah kering....





Fasa 2... Perkembangan yg cukup membrangsangkan

Fasa 2 ini adalah hasil experimen si Panot. resepi rahsia yg digunakan menjadi. tebu hidup subur, ruas cantik dan besar juga la.






Proses yg sama juga dilakukan pada fasa 2 ini. merumput, membaja dan mengambus...




Fasa 1... Proses pemulihan

Salam sume...
Dah lama rasanya pengikut blog ini tertunggu2 perkembangan kebun kami...
kita org tgh membersihkan fasa 1, merumput, membaja, mengembur dan apa2 yg patut.
hasil keluaran dari fasa 1 tidak mencapai target yg sepatutnya, hanya lbh kurang 70% shj. 
Syukur Alhamdulillah Allah tetap memberi rezeki Nya.
Fasa 1 ini adalah tempat kita org belajar, sume teori dipraktikan. segala masalah telah dihadapi. hasilnya pun dah dirasai...






Monday, February 1, 2010

Trip ke ladang MR DAENG

Salam sume...
Sabtu 30 Januari aku dan zali gi buat lawatan ke ladang mr daeng kat nusajaya. Fuhh cun ye ladang mr daeng...
Luas mata memandang, lapang fikiran. Tempat lepaknya yg aku paling suka. Kalo fahmi yg pegi tentu tak nak balik sbb ada tempat tidur... confirm dia tak buat keja...  hehehe.

Apa-apa pun syabas mr daeng. Jadikan impian kenyataan & kejayaan.

Tujuan sebenar trip ke ladang daeng untuk mendapatkan tunjuk ajar dan ke mana halatuju pasaran tebu yg kita org usahakan sekarang ni. Sume org bole tanam tapi ke mana pasaran tebu kita nanti. Setakat nak mengharapkan FAMA atau kilang kaum c*** tu brapa byk yg dia org bole ambik tebu kita.
Permainan harga dari kilang c*** tu pun menyakitkan hati. Aduh bole sakit jiwa. Jual kat peniaga air tebu kat tepi jalan pun dah kena konker dgn c***. 

Cerita menarik semasa pegi ke ladang mr daeng. 
Keta zali kena patuk dgn ular masa keluar dari kebun kita org. apsal la sengal ular tu la, kalo nak melintas tu lintas je la tak yah patuk2. Lepas tu si zali bole langgar biawak besor mcm fahmi. biawak tul la biawak tu.
dah sampai ladang daeng satu lg kejutan dgn jaga ladang daeng... kalo nak tahu sapa jaga mr daeng dtg le sendiri.

Sedikit bingkisan dari ladang mr daeng...


Mr daeng dgn tebu yer.



zali & mr daeng



yg belakang tu bukan superimpose, tu betul2 punya.... (muka tekejut). tu la jaga daeng...

Tuesday, January 26, 2010


Monday, January 25, 2010

Fasa 3 bermula.... tanaman tebu lagi...


Tanggal 10 Februari 2010, bermula projek tanaman tebu fasa ke 3. Rasanya nama seraipower dah nak kena ubah la sebab dah tak de projek serai lagi. Bukannya kita orang dah tak buat projek serai lagi cuma dipindahkan ke tempat lain. Tempat ni kita orang teruskan dgn projek tebu sahaja, serai kita buat kat tempat lain kerana tanah di sini sesuai buat tanaman tebu.



Kawasan fasa 3 ni lebih kurang 1 ekar lebih sahaja, tapi sewa jcb 5 hari sebab semak giler dgn resam dan tunggul kayu.




Mandor fahmi tengah memantau jcb buat keja.



Mudah-mudahan projek yg dilakukan oleh team abgpower dirahmati ALLAH. Insya Allah. Doakanlah kejayaan kami. Amin....