selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG ABG POWER...

Thursday, December 18, 2008

PANDUAN MENENTUKAN MUTU DAN KETULENAN ZEOLITE.

Sebagaimana yang kita ketahui terdapat berbagai-bagai Jenama dan Harga produk zeolite di pasaran. Sebagai
pengguna, perlu di ketahui bahawa pemilihan zeolite yang bermutu dan berketulenan tinggi adalah
AMAT penting
dalam menjamin keberkesanan untuk aplikasi samada untuk tumbuhan (agriculture), rawatan air (aquaculture) dan
juga ternakan (feedmill).

Ini adalah kerana pilihan zeolite yang kurang bermutu akan menyebabkan kerugian dan kesan sampingan yang
kurang baik terhadap penggunaannya.

Perlu di ingat bahawa zeolite mempunyai kualiti yang berbeza mengikut kawasan dimana ia di perolehi. Setiap kualiti
zeolite akan berbeza bergantung kepada kawasan dan bentuk mukabumi yang diperolehi, cara perlombongan dan
perkilangan.

Sebagai pengguna BIJAK, jangan hanya mementingkan harga sahaja tetapi UTAMAKAN mutu agar mendapat kesan
optimum untuk jangka pendek dan jangka panjang untuk penjimatan yang ketara.

Di sini kami mengambil inisiatif untuk cuba membantu pengguna menilai sendiri mutu zeolite di pasaran secara kasar
agar dapat memilih produk yang betul.

Elemen-Elemen Penting Untuk Menentukan Zeolite Bermutu.

1. SiO2 (Silicone Oxide) dan AL2O3 (Aluminium Trioxide)

Dua elemen ini amat penting kerana ia merangkumi sebahagian besar komponen di dalam zeolite. Elemen-elemen
inilah yang membentuk 'honeycomb structure' yang membuatkan zeolite mempunyai keupayaan memegang nutrisi
dan air yang tinggi dan seterusnya berupaya meningkatkan kesuburan tanah. Semakin tinggi kandungan (peratusan)
elemen-elemen ini, semakin bermutu kualiti zeolite.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan SiO2 dan Al2O3 PALING TINGGI.

2. Na2O (Sodium Oxide)

Sodium Oxide merupakan sejenis garam yang terkandung di dalam komponen zeolite. Kandungan tinggi sodium akan
mengakibatkan kehilangan air lebih cepat dan akan memberi kesan yang besar kepada tumbuhan dan ternakan.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai peratusan NA2O yang PALING RENDAH

3. Ujian Kekeruhan (Turbidity)

Semasa pembentukan zeolite, proses perlombongan dan kawalan produksi kilang, bendasing akan terlibat.
Bendasing tersebut termasuklah kandungan tanah liat, kapur dan lain-lain. Peratusan tinggi bendasing akan
merangkumi sebahagian produk zeolite dan akan mengurangan zeolite tulen dalam produk itu sendiri.

Bendasing tersebut tidak akan memberi kesan kepada penggunaan untuk tumbuhan, ternakan kolam atau haiwan
malah ada sesetengah nya boleh memudaratkan. Pengguna-pengguna juga akan membayar sesuatu yang tidak
perlu dan tidak mendatangkan manafaat dan dianggap membazirkan wang.

Ujian kekeruhan (turbidity) boleh dilakukan sendiri secara ringkas iaitu dengan mencampurkan kuantiti tertentu ke
dalam air.

CONTOH:

Ambil 500 gram zeolite dan campurkan ke dalam 4 liter air dan lihat kekeruhan (turbidity) air. Semakin keruh air
bermakna semakin banyak tanah liat dan bendasing yang terdapat di dalam produk tersebut.

KESIMPULAN: Pilih zeolite yang mempunyai kekeruhan PALING RENDAH


Panduan-panduan di atas di harap sedikit sebanyak dapat membantu pengguna-pengguna dalam menentukan mutu
produk zeolite yang terdapat di pasaran.

PERLU DI INGAT UJIAN ANALISA KIMIA MAKMAL ADALAH UJIAN PALING TEPAT UNTUK MENENTUKAN MUTU
DAN KETULENAN SATU-SATU PRODUK.

Sumber dari : http://www.organikpro.com/PanduanMutuZeolite.html

No comments: