Salam semua...
Ramadan, Aidilfitri dan Deepavali telah berlalu. Masa begitu cepat meninggalkan kita. Pertumbuhan tebu juga begitu pantas. Untuk projek tebu fasa 1 telah masuk 8 bulan, kalau ikutkan jadual dah bole tuai tapi orang kilang kata belum boleh sebab belum cukup matang. warna batang tebu belum cukup kuning.
Pengredan saiz tebu (yang ditetapkan oleh orang kilang) :
Gred A : saiz ukur lilit 3.5cm, panjang 8 kaki, berat 2.5kg ke atas.
Gred B : saiz ukur lilit 2.5cm, panjang 7-8 kaki, berat 2.0-2.5kg.
Gred C : saiz ukur lilit kurang 2.5cm, panjang kurang 7 kaki, berat kurang 2.0kg
Setakat hari ni kebanyakan tebu yang ada baru 6-7 kaki, ukur lilit banyak yang lebih dari 3.5cm. (mcm2 gek kerenah pengredan ni).
No comments:
Post a Comment